 |
Tajuk : Gadisku Wan Adnin
Penulis : Noor Suraya
ISBN: 978-967-0201-52-8
Harga: RM20.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM23.00 (SABAH&SARAWAK)
|
Review :
Wan Adnin, gadis manis yang tinggal bersama neneknya, Wan Suhaidah seorang aristokrat. Neneknya yang dipanggil sebagai Tok Bonda merupakan seorang yang terlalu memandang darjat dan sangat cerewet dalam memilih calon bakal cucu menantunya....
Adnin tidak dibenarkan berkawan dengan orang sembarangan.Teman-teman rapat Adnin cumalah Zie, Hani, Lila, Sheri dan juga Angah Su.Kehidupan Adnin cuma di sekitar kampungnya sahaja. Tok Bonda tidak membenarkan Adnin bekerja di luar.Kesian dengan Adnin.Tidak seperti sahabat-sahabatnya yang lain yang bekerja luar dari kampung.Adnin disuruh meneruskan kerja menekat yang diwarisi daripada Tok Bondanya sahaja.
Adnin mengenali dunia luar hanya ketika menyambung pengajiannya di USM Pulau Pinang. Di situ lah Adnin mengenali Ahmad Akhtar B. Ahmad Mokhtar, Adik kepada sahabat Adnin iaitu Kak Nisa. Setelah berbelas-belas pinangan untuk Adnin ditolak hadir Akhtar untuk meminang Adnin.
Namun mengenali Tok Bonda Tidak semudah itu untuk menerima Akhtar menjadi cucu menantunya. Pinangan Akhtar juga ditolak..Akhirnya Akhtar membawa diri ke Pulau Pinang.Namun Akhtar masih belum berputus asa. Dalam Pada itu sahabat Tok Bonda iaitu Tok Umi memperkenalkan Raja Izhar anak kenalannya untuk Adnin.Tok Bonda merestui sehingga pada saat Adnin bakal dikahwinkan nenek Raja Izhar menghalang. Ketika itu terbuka kisah silam mengenai Tok Bonda. Kisah tersebut menyebabkan Tok Bonda jatuh sakit dan perkahwinan Adnin terbatal.
Pada akhirnya, Tok Bonda merancang bersama sahabat-sahabat Adnin untuk menemukan Adnin dan Akhtar kembali.Akhirnya memang ditentukan jodoh Adnin bersama Akhtar. Akhtar tinggal di rumah Tok Bonda dan menjaga Tok Bonda bersama-sama Adnin sehingga Tok Bonda menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Blurb belakang buku
cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya
Wan
Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita
aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan
hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu
pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar...
“Tapi
kalau Tok Bonda kau tu panjang umur sampai seratus tahun, macam mana?
Cuba kira berapa lama kau kena ‘kelola’ dia di sini. Kira umur kau sudah
berapa waktu tu?”
“Haniiii!”
“59!!!” Cepat sahaja Zie mengira. Mentang-mentanglah emaknya itu ada kedai runcit kampung.
Adnin ambil bantal dan memukul mesra Hani, kemudian Zie.
Jahat!
“Adnin! Kau ingat Akhtar nak kahwin dengan kau yang sudah nenek-nenek
waktu tu! 59, Adnin, 59! Ingat tu,” sambung Hani. Sementara itu Zie pula
membuat gema mengulang usikan Hani: ‘59, Adnin, 59! Ingat tu’.
Sheri dan Zila sudah ketawa. Tidak tahan.
“Yalah, kalau dah betul Akhtar tu cinta kat kau separuh mati pun, padan
patutlah... takkan sampai tua kerepot pun dia masih setia nak tunggu!”
tambah Zie menambah benzin.
Sampainya hati mereka kata macam tu dekat Tok Bonda. Kawan-kawannya itu
tak pernah berhenti ‘membasuh otak’nya supaya ‘menderhaka’.
Jadi
apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi
kata peribahasa lama pula, ikut rasa... binasa, ikut hati... mati!