Monday, 3 September 2012

Review Novel : Kalau Jodoh Tak Ke Mana

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Lamanye aku tak menulis kat blog aku n..dah bersawang rasanya..


 Tajuk: Kalau Jodoh Tak Ke Mana
 Penulis: Naurah Iman
ISBN: 978-967-5118-93-7
Harga: RM23.00 (Sem. Malaysia)
           RM26.00 (Sabah/Sarawak)
Halaman : 610  mukasurat



       Jodoh, ajal , maut,dan rezeki semua ketentuan Allah..Namun pertemuan Sara dan Ameer ketika Sara membaiki kereta di bengkel Ameer membuatkan Sara jatuh hati kepada Ameer.Tambah lagi bila melihat Ameer memegang seekor kucing yang diberi nama Montel..Nampak macam comel sangat.Mendengar ketawa Ameer membuatkan hati Sara berdegup laju.Tapi itu kisah setahun yang lalu.

       Namun takdir menemukan mereka semula.Pertemuan semula antara Sara dan Ameer sewaktu Ameer menghadiri majlis perkahwinan adik rakan baiknya,Razlan membuatkan Sara jatuh cinta untuk kedua kalinya bila.mendengar ketawa Ameer yang menyebabkan Sara pengsan.Namun Sara kecewa bila mendengar tentang Ameer yang akan menamatkan zaman bujangnya..Sara bertindak untuk menghapuskan perasaannya terhadap Ameer..Namun bila mendengar berita yang Ameer putus tunang untuk kali kelima, Sara mengambil keputusan untuk meminang Ameer..

         Keluarga Ameer ternyata gembira dengan peminangan tersebut,tapi membuat keputusan untuk tidak bertunang tapi terus melangsungkan majlis perkahwinan.Mungkin keluarga Ameer fobia kut mendengar perkataan 'bertunang'.Sara amat gembira bila keluarga Ameer menerimanya.Selepas berkahwin Ameer masih agak sukar untuk menerima Sara.Mungkin agak berhati-hati agar hatinya tidak kecewa lagi.Tapi aku agak marah dengan Ameer ni sebab dia hanya menerima sahaja perasaan dan perbuatan Sara untuk memikat hatinya tanpa membalasnya.

        Sara agak kecewa bila Ameer tidak memberikan respon yang memberangsangkan tentang perasaannya. Sehingga ke suatu tahap di mana Sara rasa untuk tidak memberikan harapan lagi tentang hubungannya dengan Ameer.Alhamdulillah pada ketika itu Ameer diberi kesedaran bahawa Sara adalah jodohnya yang telah ditetapkan oleh Allah..Akhirnya Ameer mengakui yang cintanya hanya milik Sara..




 Blurb belakang buku..

Apakah ada ruang dan masa untuk kita saling jatuh cinta?

i
 

Kali pertama berjumpa, hati Sara tersentuh. Entah kenapa lelaki itu sangat menarik di matanya. Tapi bagaimana dia dapat cari lelaki itu lagi? Bengkel kereta tempat pertemuan pertama mereka dia dah tak jumpa di mana!


Namun takdir menemukan mereka lagi. Hatinya terus terpaut. Sayangnya, si dia rupa-rupanya sudah berpunya! Sara kecewa yang amat, tetapi kalau sudah ada jodoh tak ke mana, kan! Lalu berita lelaki itu putus tunang dia raikan dengan membuat keputusan yang jarang-jarang dibuat orang. Biarpun melawan adat, lelaki itu dia akan pinang – tak dapat tidak!


ii

Selepas lima kali tidak jadi berkahwin, Ameer Hakimi sudah serik untuk bertunang lagi. Dia hanya akan berkahwin jika ada orang yang meminangnya. Terlucut saja kata daripada mulutnya, ada wanita yang masuk meminang. Wanita yang tak pernah dia kenal!
Terlanjur sudah terlepas kata, dia menerima juga keputusan keluarga walaupun tidak sepenuh rela. Pada dia, wanita itu harus bijak membuka pintu hatinya kerana dia serik menyerahkan hatinya kepada mana-mana wanita lagi. Rasa percayanya pada wanita sudah terkubur semuanya.
Berjayakah Sara dalam misinya untuk memikat suami sendiri sekiranya cinta lelaki itu pada cinta pertamanya yang kini kunjung kembali?

No comments:

Post a Comment