Monday, 6 February 2012

Meluahkan @ Memendam Perasaan

Cinta.. Suka.. Sayang.. Benci.. Rindu..

Perasaan.Setiap orang punya perasaan.Ia adalah anugerah dari Allah buat setiap manusia.Aku tak pasti kenapa aku membicarakan soal perasaan kali ini.Mungkin aku terkesan dari sebuah drama yang aku tonton baru-baru ini.

     Bagi aku kenapa perlu memendam perasaan jika sayangkan seseorang, ianya amat menyakitkan. Kalau dah cinta lafazkan aje,tak perlu pendamkan. Kalaupun perasaan itu ditolak sekurang-kurangnya kita tidak lah terlalu kecewa.Ataupun mengharapkan seseorang itu membalas perasaan kita amatlah sukar jika dia tidak benar-benar sukakan kita.

    Mungkin kita akan gembira jika orang yang kita cinta membalas cinta kita.Tapi adakah dia benar-benar cintakan kita amat sukar ditentukan.Mungkin dia menerima cinta kita hanya disebabkan simpati. Kita jangan lah terlalu mengejar cinta yang tidak pasti milik kita. Namun tidak salah kita meluahkan rasa pada sesiapa jua yang kita cinta atau sayang.

    Perasaan sayang dan cinta itu bukan hanya untuk lelaki dan wanita sahaja.Sayang kepada ibubapa,keluarga, kawan-kawan dan yang paling penting kepada Allah swt.Itu adalah cinta yang hakiki.Setiap orang sepatutnya mengejar untuk mendapat cinta Allah swt.

    Jika kita bercinta atau menyayangi seseorang,janganlah keterlaluan simpankan sedikit perasaan itu untuk diri kita sendiri. Dan kalau membenci seseorang,janganlah terlalu benci kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang.Boleh jadi orang yang kita benci separuh mati tu akan kita sayang sepenuh hati. Jadi bersederhanalah dalam mencintai,menyayangi atau membenci seseorang.

    Jika kita mencintai seseorang kita akan sentiasa berdoa untuk kebahagiaannya.Walaupun dia tidak ditakdirkan untuk hidup bersama kita namun kita tetap bahagia jika kita mampu tersenyum melihat kebahagiaannya.Dan kita juga jangan berhenti berdoa semoga kita juga akan memiliki seseorang yang benar-benar menyayangi dan mencintai kita..

No comments:

Post a Comment